Bersihkanlah dirimu sblm kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sblm kamu diwudhu'kan
dan solatlah kamu sblm kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sblm 'auratmu ditutupkan
dgn kain kafan yg serba putih
Pda waktu itu tdk guna lgi bersedih
wlaupon org yg dtg itu merintih
Selepas itu kamu akan kuletak di atas lantai
lalu dilaksanakan solat jenazah
dgn empat kali takbir satu salam bersama fatihah,
selawat dan doa sbgai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus segala
dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat jenazah tanpa rukukk & sujud
dpt membayar hutang rukuk & sujudmu yg telah luput
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku seru sekian muslim & muslimat
usunglah dirimu ke tikar solat
sebelom kamu ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan ulat
iringi dirimu ke masjid sblm kamu diiringi ke pusara
Tangislah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tdk berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sblm kamu disucikan
sedarlah kamu sblm kamu disedarkan
dgn panggilan izrail yg menakutkan
Berimanlah kamu sblm kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna unt yg tinggal
bukan yg pergi
BEristighfarlah kamu sblm kamu didistighfarkan
namun ketika itu istighfar tdk menyelamatkan
ingatlah dimana saja kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan
dan dibumbungi dgn langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan.
Justeru bila dia menyeru
sambutlah seruan-Nya
sblm dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya
ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi segumpal daging
lalu daging itu dibaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti.
Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu
yg kalau jatuh ke tanah
ayam tak patoh itik pon tak sudi
tpi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
yg lebih Agung dari malaikat
lahirmu bukan unt dunia
tpi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan Hayya 'alas solaah'
dgn penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan 'hayya 'alas falaah'
jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yg kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
menjadi teman di perjalanan
guna kembali ke pangkuan Tuhan
pada hari itu tiada berguna harta
takhta dan puteri isteri
kad kredit dan kereta kondominium,saham dan niaga
kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.
bila bercakap berlapikkan lidah